Saturday, December 08, 2012

WUDHUK

Tajuk wuduk ini termasuk dalam bidang Ibadah bab bersuci tahun 1

Pengertian Wudhuk

Wudhuk dari segi bahasa Melayu ialah mengambil air sembahyang. Dari segi bahasa beerti menggunakan air untuk kegunaan pada anggota-anggota yang tertentu. Dari segi syarak pula wudhuk bermaksud membasuh anggota tertentu dengan menggunakan air mutlak dan  dimulai dengan niat.

*Anggota wudhuk adalah muka, tangan, kepala dan kaki.

Kita wajib berwudhuk setelah berlaku hadas kecil supaya kita dapat melakukan ibadah.

Tujuan berwudhuk adalah untuk memboleh kita melakukan ibadah solat, bertawaf di kaabah, menyentuh dan membawa Al- Quran.

* Kanak-kanak yang belum baligh dan sedang mempelajari Al Quran tidak diwajibkan mengambil wudhuk untuk membawa dan menyentuh Al Quran.
* Sekiranya terpaksa memegang Al Quran seperti untuk menyelamatkannya atau memelihara kehormatannya walaupun tidak berwudhuk adalah diharuskan .

Rukun Wudhuk

Rukun wudhuk adalah perkara-perkara yang mesti iaitu wajib dilakukan semasa mengambil air sembahyang. Jika tertinggal salah satu daripadanya ,maka batallah wudhuk tersebut. Rukun wudhuk ada enam perkara iaitu:
1. Berniat
2. Membasuh muka
3. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku
4. Menyapu sedikit air di kepala.
5. Membasuh kedua-dua kaki hingga kebuku lali.
6. Tertib (mengikut urutan)

Sunat-Sunat Wudhuk

Takrif sunat wudhuk adalah amalan yang digalakkan supaya dikerjakan sama ada sebelum mengambil wudhuk atau di tengah-tengah (sedang) berwudhuk.
Perkara-perkara sunat wudhuk iaitu:

1. Membaca bismillah
2. Menghadap kiblat
3. Membasuh tangan hingga ke pergelangan tangan
4. Berkumur-kumur
5. Memasukkan air ke dalam hidung
6. Menyapu semua bahagia kepala
7. Membasuh kedua-dua telinga
8. Menyelati jari tangan ,jari kaki, misai, dan janggut.
9. Mendahulukan membasuh yang kanan daripada yang kiri.
10. Membasuh atau menyapu setiap anggota tiga kali
11. Berdoa selepas wudhuk
12. Muwalat (berturut-turut)

Perkara-Perkara Yang Makruh Ketika Berwudhuk:

1. Bercakap-cakap
2. Mendahulukan yang kiri
3. Berlebihan menggunakan air
4. Mengelap air wudhuk pada anggota wuduk
5. Membasuh anggota dua atau lebih tiga kali
6. Meminta orang lain mengambilkan air untuk wudhuk tanpa uzur

Perkara Yang Membatalkan Wudhuk

1. Keluar sesuatu benda sama ada daripada qubul atau dubur
2. Bersentuh kulit lelaki dan perempuan yang halal dinikahi tanpa berlapik
3. Tidur yang tidak tetap punggung
4. Hilang akal sebab mabuk, pitam, sakit atau gila
5. Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan tanpa berlapik

*Wudhuk tidak terbatal dengan menyentuh kanak-kanak perempuan yang kecil yang belum bersyahwat.
*Wudhuk juga tidak batal jika tersentuh rambut ,gigi, dan kuku.

Cara Berwudhuk

1. Air Mutlak
2. Membaca Basmalah
3. Membasuh kedua tangan hingga kepergelangan tangan
4. Berkumur-kumur
5. Memasukkan air ke dalam hidung
6. Berniat di dalam hati sambil membasuh muka
    ( Sahaja aku berwudhuk kerana Allah Taala ) @
    (Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala)
7. Membasuh muka (3 kali)
    * Dari tumbuh rambut di ubun-ubun sehingga ke bawah dagu.
       Dari cuping telinga kanan hingga ke cuping telinga kiri .
8. Membasuh kedua dua belah tangan hingga ke siku
    (dahulukan tangan kanan 3 kali, kemudian baru diikuti tangan kiri 3 kali)
9. Menyapu sedikit air di kepala (3 kali)
10. Menyapu kedua-dua belah telinga luar dan dalam dengan memasukkan jari ke anak telinga.
      (dahulukan telinga kanan 3 kali kemudian telinga kiri 3 kali)
11. Membasuh kaki hingga ke buku lali
      ( dahulukan kaki kanan 3 kali kemudian kaki kiri 3 kali)
12. Membaca doa selepas wudhuk



No comments:

Post a Comment