Wednesday, November 28, 2012

Uji Minda Tahun 1

A) Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul
1. Bersuci ialah _______________ diri daripada hadas dan najis pada tubuh badan , pakaian,   dan tempat tinggal.
2. Menyucikan diri , pakaian, dan tempat tinggal supaya boleh melakukan ____________.
3. Hukum bersuci adalah____________.
4. Allah wajibkan kita bersuci daripada hadas dan najis supaya dijauhi daripada gangguan ___________.
5. Sebelum solat kita di wajibkan___________.
6. Menjaga___________ dapat menghindari penyakit
* Pilihan jawapan ( ibadah, membersihkan, wuduk, wajib,syaitan, kebersihan )

B) Nyatakan (betul) atau (salah) pada pernyataan di bawah:
1. Air ialah bahan utama untuk bersuci =_____________
2. Air batu yang telah cair boleh digunakan untuk bersuci.=__________
3. Kita boleh menunaikan solat tanpa berwuduk. =______________
4. Tubuh badan sahaja wajib dibersihkan. =_____________
5. Kebersihan sebahagian daripada iman. =____________
6. Bersuci melatih kita berdisiplin. =_____________ 

C) Pilih jawapan yang betul
1. Istinjak ialah membersihkan najis pada __________dengan menggunakan air mutlak atau benda kesat. 
     A) kaki        B) badan    C) qubul dan dubur
2. Antara berikut, yang manakah air yang boleh digunakan untuk bersuci.
     A) air susu       B) air hujan        C) air kelapa
3. Berikut adalah alat untuk beristinjak kecuali_____
    A) Tulang      B) Batu     C) Daun kering
4. Jika beristinjak dengan batu gunakan sekurang-kurangnya
    A) 5 biji batu     B) 3 biji batu    C) 1 biji batu
5. Antara berikut yang manakah adab semasa  istinjak
    A) menghadap kiblat    B) guna tangan kiri    C) gunakan tangan kanan 
6. Yang manakah bukan kepentingan beristinjak
    A) sihat rohani dan jasmani    B) sah ibadah    C) dibenci rakan



Istinjak

Tajuk Istinjak ini termasuk dalam bab bersuci bahagian Ibadah Tahun 1.
Tahukah anda, Istinjak boleh di lakukan tanpa air?

Istinjak ialah membersihkan qubul atau dubur dengan menggunakan air mutlak . Dengan kata lain membersihkan atau menghilangkan najis yang terdapat pada kemaluan selepas membuang air kecil atau air besar. Jika tiada air boleh gunakan benda-benda kesat seperti batu, tisu, kulit kayu, dan daun-daun kering. Hukum beristinjak adalah wajib.

Cara Beristinjak Dengan Air:

* Siramkan air mutlak, gunakan tangan kanan.Basuh qubul atau dubur, gunakan tangan kiri. Basuh hingga bersih iaitu hilang bau, rasa dan warnanya.

Cara Beristinjak Dengan Benda kesat Seperti batu :

* wajib dengan cara 3 kali sapu. Jika gunakan batu yang sama,hendaklah gunakan 3 penjuru. Sekiranya masih belum bersih wajiblah diulang sehingga benar-benar bersih.

* Perkara sunat beristinjak dengan batu adalah dengan menggunakan bilangan yang ganjil, sama ada tiga, lima, tujuh kali dan seterusnya. Disunatkan juga menggunakan tangan kiri.

Adab qada' hajat dan beristinjak :

Sebelum qada' hajat  kita hendaklah menutup kepala, memakai alas kaki, tidak membawa sesuatu yang bertulis dengan nama Allah dan Rasul. Langkah masuk ke tandas dengan kaki kiri dan membaca doa masuk tandas.

Semasa beristinjak kita hendaklah duduk  dan dilarang bercakap atau makan. Kita juga dilarang beristinjak menggunakan tangan kanan.

Dikatakan orang kepada Salman:
" Nabimu telah mengajar kamu segala sesuatu sampai soal kekotoran."
Ujar Salman:
" Memang kami dilarang menghadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil, atau bersuci dengan tangan kanan atau bersuci dengan batu yang banyakknya tidak cukup tiga biji, atau bersuci dengan najis atau tulang" (Riwayat Muslim)

Apabila selesai melakukan istinjak pastikan tandas di cuci dengan sempurna. Ketika keluar dari tandas, dahulukan kaki kanan untuk bergerak keluar dan memuji Allah yang telah menghilangkan penyakit dengan ucapan AlhamduLillah.

Kepentingan Beristinjak :

* Menggambarkan akhlak mulia orang Islam
* Ibadah diterima Allah
* Sihat rohani dan jasmani
* Membezakan manusia dan haiwan.

Akibat Tidak Bersuci atau Beristinjak :

* Mudah dijangkiti penyakit
* Ibadah tidak sah
* Mendapat dosa
*Dibenci oleh semua orang di sekeliling kita.

Wednesday, November 14, 2012

Pembahagian Air





1. Air Mutlak adalah air yang benar-benar tulen yang tidak bercampur dengan benda-benda lain samaada  yang bersih seperti minyak wangi, air sirap, susu, dan sebagainya ataupun bercampur dengan benda-benda najis. Air Mutlak adalah air yang suci lagi menyucikan. Air mutlak boleh diminum dan boleh pula dibuat bersuci sama ada beristinjak, berwuduk, mandi hadas, membasuh najis dan sebagainya. Apabila  air tulen yang melebihi 2 qullah (230 liter) dimasuki oleh sesuatu benda lain yang tidak mengubah nama atau sifat air tersebut, maka air itu masih dianggap air mutlak. Tetapi sekiranya berubah sama ada bau,warna atau rasa, maka air itu tidak boleh lagi digunakan untuk bersuci. 

2. Air Mustakmal ialah air yang suci tetapi tidak menyucikan. Air ini telah digunakan untuk mengangkat hadas  sama ada hadas kecil (berwuduk) atau hadas besar ( mandi Wajib). Ini bererti air yang telah digunakan untuk membasuh anggota yang wajib sekiranya ditadah semula dan air tersebut tidak sampai dua qullah. Maka air itu dikira mustakmal iaitu tidak boleh dibuat bersuci. Ia hanya boleh digunakan untuk minum  atau membasuh benda-benda yang bukan najis sahaja. 

3. Air Musyammas ialah air mutlak tetapi telah terjemur di tengah panas matahari di dalam bekas yang mempunyai  karat dan digunakan pula ketika air masih panas. Walau bagaimanapun, di negara kita Malaysia tidak menjadi makruh kerana darjah panasnya tidak setinggi seperti di Negara-negara  Timur Tengah, India dan Pakistan.

4. Air Mutanajis ialah air yang kurang daripada dua qullah dimasuki najis sama ada air tersebut berubah atau  tidak. Begitu juga sekiranya air tersebut lebih daripada dua qullah dimasuki najis, lalu air tersebut berubah warna bau dan rasanya, maka air itu tidak boleh dibuat bersuci atau diminum.

Pengertian Taharah

Taharah atau bersuci ialah menghilangkan hadas atau najis daripada tubuh badan, pakaian dan tempat. 


Bersuci merupakan satu tugas yang begitu penting dalam kehidupan seseorang muslim kerana ia punca atau asas penerimaan segala amal ibadat.

Sekiranya seseorang itu mengerjakan amal ibadah tetapi belum bersuci dan membersihkan tubuh badan, pakaian, dan tempat ia mengerjakan ibadah maka solatnya dikira tidak sah.

Apabila solat yang merupakan tiang agama itu tidak sah maka ibadah-ibadah lain juga turut tidak mendapat perhatian Allah.
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:


الصَّلاَةُ عِمَادُ الدِّينِ؛ فَمَنْ أَقَََامَهَا فَقَدْ أَقََامَ الدِّيْنَ؛ وَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ هَدََمَ الدِّين


Maksudnya: “Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikannya bererti dia mendirikan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya, bererti dia meruntuhkan agama”.
    Alat-Alat Bersuci

      • Air mutlak
      • Tanah 
      • Benda-benda kesat yang suci seperti batu, tisu, daun kering dan kulit kayu.

       7 Punca Air

      • Air sungai
      • Air laut
      • Air hujan
      • Air perigi
      • Air embun
      • Air mata air
      • Air salji