Wednesday, November 14, 2012

Pembahagian Air





1. Air Mutlak adalah air yang benar-benar tulen yang tidak bercampur dengan benda-benda lain samaada  yang bersih seperti minyak wangi, air sirap, susu, dan sebagainya ataupun bercampur dengan benda-benda najis. Air Mutlak adalah air yang suci lagi menyucikan. Air mutlak boleh diminum dan boleh pula dibuat bersuci sama ada beristinjak, berwuduk, mandi hadas, membasuh najis dan sebagainya. Apabila  air tulen yang melebihi 2 qullah (230 liter) dimasuki oleh sesuatu benda lain yang tidak mengubah nama atau sifat air tersebut, maka air itu masih dianggap air mutlak. Tetapi sekiranya berubah sama ada bau,warna atau rasa, maka air itu tidak boleh lagi digunakan untuk bersuci. 

2. Air Mustakmal ialah air yang suci tetapi tidak menyucikan. Air ini telah digunakan untuk mengangkat hadas  sama ada hadas kecil (berwuduk) atau hadas besar ( mandi Wajib). Ini bererti air yang telah digunakan untuk membasuh anggota yang wajib sekiranya ditadah semula dan air tersebut tidak sampai dua qullah. Maka air itu dikira mustakmal iaitu tidak boleh dibuat bersuci. Ia hanya boleh digunakan untuk minum  atau membasuh benda-benda yang bukan najis sahaja. 

3. Air Musyammas ialah air mutlak tetapi telah terjemur di tengah panas matahari di dalam bekas yang mempunyai  karat dan digunakan pula ketika air masih panas. Walau bagaimanapun, di negara kita Malaysia tidak menjadi makruh kerana darjah panasnya tidak setinggi seperti di Negara-negara  Timur Tengah, India dan Pakistan.

4. Air Mutanajis ialah air yang kurang daripada dua qullah dimasuki najis sama ada air tersebut berubah atau  tidak. Begitu juga sekiranya air tersebut lebih daripada dua qullah dimasuki najis, lalu air tersebut berubah warna bau dan rasanya, maka air itu tidak boleh dibuat bersuci atau diminum.

7 comments:

  1. Tahniah!, perkongsian ilmu yang sangat berguna...

    ReplyDelete
  2. Tahniah, blog cantik dan ceria... Tambahkan lebih banyak informasi untuk
    di kongsi......

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih.. InsyaAllah sy akan tambah lebih banyak informasi untuk di kongsi bersama..

    ReplyDelete