Wednesday, November 28, 2012

Istinjak

Tajuk Istinjak ini termasuk dalam bab bersuci bahagian Ibadah Tahun 1.
Tahukah anda, Istinjak boleh di lakukan tanpa air?

Istinjak ialah membersihkan qubul atau dubur dengan menggunakan air mutlak . Dengan kata lain membersihkan atau menghilangkan najis yang terdapat pada kemaluan selepas membuang air kecil atau air besar. Jika tiada air boleh gunakan benda-benda kesat seperti batu, tisu, kulit kayu, dan daun-daun kering. Hukum beristinjak adalah wajib.

Cara Beristinjak Dengan Air:

* Siramkan air mutlak, gunakan tangan kanan.Basuh qubul atau dubur, gunakan tangan kiri. Basuh hingga bersih iaitu hilang bau, rasa dan warnanya.

Cara Beristinjak Dengan Benda kesat Seperti batu :

* wajib dengan cara 3 kali sapu. Jika gunakan batu yang sama,hendaklah gunakan 3 penjuru. Sekiranya masih belum bersih wajiblah diulang sehingga benar-benar bersih.

* Perkara sunat beristinjak dengan batu adalah dengan menggunakan bilangan yang ganjil, sama ada tiga, lima, tujuh kali dan seterusnya. Disunatkan juga menggunakan tangan kiri.

Adab qada' hajat dan beristinjak :

Sebelum qada' hajat  kita hendaklah menutup kepala, memakai alas kaki, tidak membawa sesuatu yang bertulis dengan nama Allah dan Rasul. Langkah masuk ke tandas dengan kaki kiri dan membaca doa masuk tandas.

Semasa beristinjak kita hendaklah duduk  dan dilarang bercakap atau makan. Kita juga dilarang beristinjak menggunakan tangan kanan.

Dikatakan orang kepada Salman:
" Nabimu telah mengajar kamu segala sesuatu sampai soal kekotoran."
Ujar Salman:
" Memang kami dilarang menghadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil, atau bersuci dengan tangan kanan atau bersuci dengan batu yang banyakknya tidak cukup tiga biji, atau bersuci dengan najis atau tulang" (Riwayat Muslim)

Apabila selesai melakukan istinjak pastikan tandas di cuci dengan sempurna. Ketika keluar dari tandas, dahulukan kaki kanan untuk bergerak keluar dan memuji Allah yang telah menghilangkan penyakit dengan ucapan AlhamduLillah.

Kepentingan Beristinjak :

* Menggambarkan akhlak mulia orang Islam
* Ibadah diterima Allah
* Sihat rohani dan jasmani
* Membezakan manusia dan haiwan.

Akibat Tidak Bersuci atau Beristinjak :

* Mudah dijangkiti penyakit
* Ibadah tidak sah
* Mendapat dosa
*Dibenci oleh semua orang di sekeliling kita.

2 comments:

  1. Bahan yang bermanfaat untuk semua. Melalui bacaan ini kita memperoleh pengetahuan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Sy ina dari pendang, kedah. Sekadar bertanya. Sy terbaca para ulama ada menyatakan terdapat tiga peringkat istinjak. Pertama, menggunakan air dan benda kesat. Kedua, menggunakan air saja. Ketiga, menggunakan benda kesat saja. Adakah amalan istinjak ini boleh diajar dan diamalkan?. Ini kerana diperkampungan sy terdapat seorang ustazah berpurdah dan bertudung labuh mengamalkan amalan istinjak ini. Katanya dia sering menggunakan tisu untk istinjak. Malah dia turut mengajar tiga org anak perempuannya yg turut berpurdah menggunakan tisu sejak kecil. Amalan ini termasuk peringkat ketiga istinjak diatas.

    ReplyDelete