Wednesday, November 14, 2012

Pengertian Taharah

Taharah atau bersuci ialah menghilangkan hadas atau najis daripada tubuh badan, pakaian dan tempat. 


Bersuci merupakan satu tugas yang begitu penting dalam kehidupan seseorang muslim kerana ia punca atau asas penerimaan segala amal ibadat.

Sekiranya seseorang itu mengerjakan amal ibadah tetapi belum bersuci dan membersihkan tubuh badan, pakaian, dan tempat ia mengerjakan ibadah maka solatnya dikira tidak sah.

Apabila solat yang merupakan tiang agama itu tidak sah maka ibadah-ibadah lain juga turut tidak mendapat perhatian Allah.
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:


الصَّلاَةُ عِمَادُ الدِّينِ؛ فَمَنْ أَقَََامَهَا فَقَدْ أَقََامَ الدِّيْنَ؛ وَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ هَدََمَ الدِّين


Maksudnya: “Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikannya bererti dia mendirikan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya, bererti dia meruntuhkan agama”.
    Alat-Alat Bersuci

      • Air mutlak
      • Tanah 
      • Benda-benda kesat yang suci seperti batu, tisu, daun kering dan kulit kayu.

       7 Punca Air

      • Air sungai
      • Air laut
      • Air hujan
      • Air perigi
      • Air embun
      • Air mata air
      • Air salji

      4 comments:

      1. Bagus dan comel je blog Siti. tahniah kerana dapat memaparkan bahan-bahan yang berguna buat renungan kita semua.

        ReplyDelete
      2. Cantiknya blog cikgu. Bolehkah ajar saya?

        ReplyDelete
        Replies
        1. Terima kasih,:)Boleh,saya pun masih banyak yang perlu dipelajari tentang blog ni...

          Delete
      3. Caesars Palace - Casino Rewards Program - JTMHub
        Get 영천 출장마사지 a $10 Free Chip 광명 출장안마 and $10 Free Casino Gift Card. Learn more about the 의정부 출장안마 Caesars Rewards 김천 출장마사지 program at JTM Hub. Jom's loyalty program is a loyalty 하남 출장안마 program that

        ReplyDelete