1. Air
Mutlak adalah air yang benar-benar tulen yang tidak bercampur dengan
benda-benda lain samaada yang bersih
seperti minyak wangi, air sirap, susu, dan sebagainya ataupun bercampur dengan
benda-benda najis. Air
Mutlak adalah air yang suci lagi menyucikan. Air mutlak boleh diminum dan
boleh pula dibuat bersuci sama ada beristinjak, berwuduk, mandi hadas,
membasuh najis dan sebagainya. Apabila air tulen yang melebihi 2 qullah (230
liter) dimasuki oleh sesuatu benda lain yang tidak mengubah nama atau sifat air
tersebut, maka air itu masih dianggap air mutlak. Tetapi sekiranya berubah sama
ada bau,warna atau rasa, maka air itu tidak boleh lagi digunakan untuk bersuci.
2. Air
Mustakmal ialah air yang suci tetapi tidak menyucikan. Air ini telah
digunakan untuk mengangkat hadas sama
ada hadas kecil (berwuduk) atau hadas besar ( mandi Wajib). Ini bererti air
yang telah digunakan untuk membasuh anggota yang wajib sekiranya ditadah
semula dan air tersebut tidak sampai dua qullah. Maka air itu dikira mustakmal
iaitu tidak boleh dibuat bersuci. Ia hanya boleh digunakan untuk minum atau membasuh benda-benda yang bukan najis
sahaja.
3. Air
Musyammas ialah air mutlak tetapi telah terjemur di tengah panas matahari
di dalam bekas yang mempunyai karat dan digunakan
pula ketika air masih panas. Walau
bagaimanapun, di negara kita Malaysia tidak menjadi makruh kerana darjah
panasnya tidak setinggi seperti di Negara-negara Timur Tengah, India dan Pakistan.
4. Air
Mutanajis ialah air yang kurang daripada dua qullah dimasuki najis sama ada
air tersebut berubah atau tidak. Begitu
juga sekiranya air tersebut lebih daripada dua qullah dimasuki najis, lalu air
tersebut berubah warna bau dan rasanya, maka air itu tidak boleh dibuat bersuci
atau diminum.
singgah dan follow sini:)
ReplyDeletedatang follow sini...
ReplyDeleteTahniah!, perkongsian ilmu yang sangat berguna...
ReplyDeleteTahniah, blog cantik dan ceria... Tambahkan lebih banyak informasi untuk
ReplyDeletedi kongsi......
Terima Kasih.. InsyaAllah sy akan tambah lebih banyak informasi untuk di kongsi bersama..
ReplyDeleteKeep it up !
ReplyDeleteU faham x.. Lau x saya leh explain..
Delete